Thursday 25 March 2010

Melayu bergaduh, bangsa lain duk ketawa..


Amanah kian pudar
Setiap tahun sekali Negara kita akan mengandakan undi pilihan raya untuk memilih pemimpin-pemimpin baru bagi terus menerajui kepimpinan yang sedia ada. Pada masa itulah kempin-kempin setiap parti kerajaan mahupun pembangkang sibuk melebarkan pengaruhnya untuk bersaing mendpakan pengruh masyarakat.
Ketika itu juga bertaburan manifesto dan juga lembaran bendera-bendera parti untuk menunjukkan kekuatan pengaruh masing-masing.

Semakin hampirnya hari lebaran untuk membuang undi semakin hangatlah kempin-kempin parti berkumandang. Kalau kita lihat gelagat penyokong-penyokong parti mula seperti cacing kepanas serta ghairah bagi memperjuangkan misi yang tersendiri.
Ketika kempin hangat dilaksanakan saya sebagai insan kerdil ini berasa kelakar dan pelik melihat gelagat manusia-manusia yang begitu taksub merebut amanat yang amat berat untuk dipikul itu
Teringat saya akan sebuah potongan ayat alquran yang bermaksud
“Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung; semuanya enggan untuk memikul amanat dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, lalu dipikullah manah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zhalim dan amat bodoh.” (Al Ahzab : 72)
Manusia dahulu dan kini amat berbeza ketika dahulu semasa pimpinan di zaman khalifah alrasyidin, seperti Sayidina Abu Bakar, Umar Ibu Khattab, Umar Abdul Aziz serta ramai lagi, meraka ini amat takut akan amanah sebagai seorang pemimpin Negara. Hal ini amat berbeza dengan pemimpin-pemimpin masyarakat kini, mereka seakan berlumba-lumba mengejarkan jawatan yang bakar dipersoal di akhirat kelak.
Ketika berkempin ad segelintir ahli parti yang mula menabur fitnah, caci maki hasut menghasut di kalangan masyarakat. Mereka terklalu taksub dengan parti meraka dan menganggap parti lain adalah salah. Dan jugak sanggup mengkafirkan antara saudara mereka sendiri tanpa rasa bersalah sekalipun.
Adakah cara ini bersesuaian dengan agama kita? Kenapakah kita perlu berperang diantara kita sedangkan kita di anugerahkan akal fikiran yang dapat menilai sesuatu pekara sama ada ianya baik atau pun buruk.
Selain itu juga kite mempunya al-quran dan hadith serta ijmak ulamak yang banyak untuk dijadikan rujukan.
Tidak di nafikan kemajuan yang kita capai sengga kini amat membanggakan. Negara kite juga tidak ketinggalan didalam bersaing arus globalisasi dunia. Namun pembagunan pemikiran masih lagi mentah kerana ujudnya taksub didalam pemikiran.
Kemajuan tanpa panduan agama akan menjadikan kita rosak binasa kerana akal pemikiran mudah dipengaruh nafsu, sejurus itu akan banyak berlakunya maksiat, gejala social dikalangan remaja dan banyak lagi.
Agama tanpa kemajuan jugak akan melemahkan umat islam. Menurut sejarah bagaimanakah kerajaan islam dahulu dapat menawan Negara-negara yang kuat seperti kostinople, palestin dan banyak lagi. Kejayaan ini kerana di masa itu kerajjan islam mempunyai kemajuan teknologi yang tinggi.
Adakah pergocangan politik yang penuh kekeliruan, tamak dan penuh kerosakkan ini dapat membentuk masyarakat islam yang maju dari segi jasmani, rohani, pemikiran dan juga teknologi.?
Melayu sesama melayu bergaduh, caci memaki, tamak dan penuh hasad dengki ini hanya digelakkan oleh bangsa lain. Yang peliknya kenape bangsa lain yang ada didalam Negara ini tidak sebegitu teruk akan kemelutnya politik melayu. Adakah kemelut ini akan terus menerus hingga hari kiamat?

0 comments: