Thursday 25 March 2010

Belaian Hatimu..


Belailah Hatimu Dengan Iman
Susahnya menjaga hati. Sedangkan ia adalah tempat pandangan Allah. Ia merupakan wadah rebutan di antara malaikat dan syaitan. Masing-masing ingin mengisi. Malaikat dengan hidayah, syaithan dengan kekufuran. Bila tiada hidayah, ada ilmu pun tidak menjamin dapat selamat, sekalipun ilmu diperlukan. Susahnya menjaga hati. Bila dipuji, ia berbunga. Terasa luar biasa. Bila dicaci, aduh sakitnya. Pencaci dibenci. Bahkan berdendam sampai mati. Bila berilmu atau kaya, sombong mengisi dada. Jika miskin atau kurang ilmu, rendah diri pula dengan manusia. Adakalanya kecewa. Kemuncaknya putus asa.

Melayu bergaduh, bangsa lain duk ketawa..


Amanah kian pudar
Setiap tahun sekali Negara kita akan mengandakan undi pilihan raya untuk memilih pemimpin-pemimpin baru bagi terus menerajui kepimpinan yang sedia ada. Pada masa itulah kempin-kempin setiap parti kerajaan mahupun pembangkang sibuk melebarkan pengaruhnya untuk bersaing mendpakan pengruh masyarakat.
Ketika itu juga bertaburan manifesto dan juga lembaran bendera-bendera parti untuk menunjukkan kekuatan pengaruh masing-masing.

Sunday 14 March 2010

Siapakah Yang Bersalah?....



Orang melayu je buang bayi..


nape artis bercerai?


Penceraian artis.

Hari demi hari artis tanah air kita kian dihangatkan dengan penceraian. Malah masalah ini sudah menjadi adat kebiasaan dan lumrah dalam dunia hiburan. Adakah masalah ini kita sama-sama fikirkan jalan penyelesaian saya disini bukan sebangai seorang yang bagus ingin menyalahkan mana-mana pihak hanya ingin sama-sama mencari jalan penyelesaiannya. Antara punca-punca penceraian dikalangan artis ialah..

1. Pergaulan kurang batas antara jantina. Seperti mana di dalam drama dan filem artis yang bukan mahram terutamanya adegan-adegan yang tidak sepatutnya dilakukan. Jika anda sebagai seorang suami atau pun isteri melihat suami/ isteri anda berpelukan atau melakukan sesuatu perlakuan yang romantis pada orang lain apa perasan anda?
Kebnyakkan artis adalah seksi dan suka mendedahkan dan memperagakan tubuh meraka dikalangan khalak ramai. Justeru itu, fitnah akan muncul dan perbual tentang meraka akan berkumandang disetiap tempat. Meraka mengikut jejak barat yang kurang peradapan pemakaian. Adakah pakaian seksi merupakan kemajuan?

3. Pegangan agama yang lemah. Kebanyakan artis kurang menekan soal agama hanya kebanyakkan mengikut pemikiran sendiri. Mereka kian berani menyoalkan hukum-hukum Allah tanpa rasa bersalah.

Saturday 13 March 2010

zina dan Mass kahwin tinggi?


Zinanya mata adalah melihat [sesuatu], zinanya lisan adalah mengucapkan [sesuatu], zinanya hati adalah mengharap dan menginginkan [sesuatu], sedangkan alat kelamin membenarkan atau mendustakan itu [semua]. … (HR Bukhari & Muslim)
Zina bukan pekara baru bagi kita, namun saban hari gejala ini meningkat dikalangan umat islam sendiri. Siapakah yang bersalah didalam hal ini? Semua pihak wajib memikirkan dan menagani masalah ini kerana penyakit ini semakin parah terutamanya dikalangan remaja khusunya.

Saturday 27 February 2010

Pemuda Gay?












Seperti kita lihat dizaman serba moden dan teknologi semakin canggih. Gejala social di kalangan remaja semakin membimbangkan antaranya ialah gay. Masalah ni kian meruncing di kalangan remaja. Persoalannya kenapa perbuatan songsang ni terjadi?


Friday 26 February 2010

Bermesra Yang Halal..


Pernahkah anda mandi bersama-sama isteri anda? Kalau belum, anda patut mencubanya. Mandi bersama dengan saling jirus-menjirus serta gosok-menggosok dan sebagainya adalah amalan yang cukup bermakna dalam kehidupan suami isteri. Insyallah mandi bersama-sama ini dapat mengukuhkan lagi rasa kasih suami isteri. Amalan ini bukan petua yang datang dari orang zaman dulu, bukan juga saranan tokoh motivasi, tetapi ia adalah amalan Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam –manusia paling agung dan paling mulia di atas muka bumi ini.

Ada Apa Dengan Hadiah..??


Kelebihan Hadiah.
Hadiah merupakan pelembut bagi hati. Hadiah juga merupakan tanda kesediaan seseorang itu berkasih dengan seseorang yang lain. Apabila seseorang itu memberikan sesuatu hadiah, orang yang menerimanya akan rasa dihargai. Jika penerima itu sedang sedih atau marah, biasanya perasaan sedih dan marah itu akan semakin kurang atau terus hilang.

Baginda Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam menunjukkan teladan hebat sebagai seorang suami yang gemar memberikan hadiah buat isteri-isterinya. Bahkan baginda mengaitkan secara jelas, ikatan antara hadiah dan kasih sayang. Sabda Nabi SAW:
تهادوا تحابوا
Maksudnya;
”Berilah hadiah sesama kamu, pasti kamu akan berkasih sayang” (Al-Mukjam Al-Awsat : 7448.)

Inginkan Kebahagian?


Panduan Untuk Ibu Bapa Di zaman Moden.
Pertama, jadikan perkataan syahadah iaitu La ilaha illa Allah sebagai kalimah awal yang didengari dan disebut oleh anak-anak. Seruan ini terbukti dalam gesaan Baginda SAW agar anak-anak di sambut menjelang kelahiran dengan kalimah-kalimah azan, yang turut mengandungi ucapan syahadah.

Thursday 25 February 2010


this is the first time..