Sunday 14 March 2010

Siapakah Yang Bersalah?....





Sewaktu kecil-kecil dahulu, Ibu berkata kepada Guru,
"cikgu buatlh apa yang cikgu nak buat dia ni, nak cubit,nak rotan, nak denda, biarlah dia pandai menghormati orang tua"..
Sekarang, bila sudah masuk era

kemodenan dan urbanisasi,

Cikgu tak boleh cubit.

Cikgu dah tak boleh pukul

Cikgu tak boleh denda.






KANGAR – Sesi menjernihkan keadaan antara pihak sekolah dengan penjaga kepada seorang pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini bertukar tegang apabila seorang ibu ‘naik angin’ dengan menampar seorang guru sekolah itu kelmarin.
Kejadian pukul 10.30 pagi itu berlaku di bilik pengetua sekolah berkenaan selepas ibu pelajar tersebut gagal menahan emosi lalu menampar pipi guru lelaki berusia 26 tahun tersebut.
Difahamkan, sehari sebelum itu, guru Matematik tersebut didakwa telah menampar pelajar terbabit selepas mendapati dia membuat bising di luar kelas sehingga mengganggu pelajar lain.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, wanita berusia 40-an tersebut mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anaknya selepas pulang dari sekolah.
Sumber : Kosmo Online
Kini remaja semakin berani dan terus berani tanpa sebarang halangan dari mana-mana pihak, ibu bapa yang kian sibuk bekarja kian cuai dalam memberi perhatian terhadap anak-anak meraka. setiap hari ada sahaja jenayah dikalangan remaja sering ditayang di media-media. Adakah penah dianatara kita yang cuba memikirkan jalan penyelesaian yang patut diambil bagi menangani masalah yang kian meruncing ini.
Semua pihak wajib memainkan peranan terhadap masalah ini. Antara yang paling utama ialah ibu bapa, kerana ibu bapalah yang mencorakkan setiap insan yang dilahirkan. Walau macam mana sekali pun didalam mencari nafkah seharian. Ibu bapa perlulah memantau keadaan anak mereka. Selain itu, ibu bapa perlulah berbincang dengan para guru terhadap masalah anak-anak mereka, bukan terus menyerang dan memaki hamun guru-guru.

0 comments: