Sunday 14 March 2010

Orang melayu je buang bayi..



Kekejam manusia dizaman moden ini umpama haiwan yang tidak berakal dan bertamadun. Di zaman jahiliah, manusia ketika itu membunuh bayi perempuan kerana melahirkan seorang bayi perempuan ini akn membawa malu kepada keluarga terbabit dan manakala dizaman Firaun pula sebelum masihi, banyak bayi lelaki yang menjadi korban kepadanya. Dan dizaman seba cangih ini dan ketinggian ketamadunan manusia lain pula ceritanya, tidak kira jantina lelaki mahupun wanita semuanya habis di bantai dengan penuh kekejaman tanpa belas kasihan. Ini dibuktikan dengan Di Malaysia, gejala ini terus berlaku dan menunjukkan aliran yang menaik. Umpamanya pada tahun 1999, sebanyak 70 kes telah dilaporkan dan pada tahun 2001, ia meningkat kepada 97 kes. Peningkatan bilangan kes ini memerlukan langkah-langkah penyelesaian dari akar umbi punca tersebut.

Bagaimanakah bayi dibuang, tempat pembuangan dan siapa yang membuangnya?

Tempat yang sering dicari ialah di dalam tandas, rumah kosong, tempat pelupusan sampah, saluran tangki najis, sungai, tepi pantai, longkang atau di rumah ibadat. Selain itu, tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan, stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan.
Semua pihak haruslah memikirkan jalan yang terbaik bagi menagani masalah ini. Pada pendapat saya, kita seharusnya kembali kepada agama, kerana semua agama menganjurkan kepada kebaikan. Setiap penyakit ada ubatnya. Kebanyakkan remaja yang tergolong didalam kelompok ini tidak mendapat perhatian didalam ini insitusi kekeluargaan yang rapuh. Cotahnaya. Bila mana anak perempuan yang bebas bergaul walaupun dengan keluar bersama teman lelaki meraka tanpa pengawasan selalunya menjadi mangsa kepada si jahanam ini. Meraka bukan sahaja kabur dengan cinta bernafsu ini malah tidak mempunyai kekuatan untuk menolak dan melawan akan kekuatan seorang lelaki ini. Meraka ini bukan tidak mempunyai pendidikan yang kuat akan tetapi pergaulan tidak terbatas mematikan akal meraka itu. Gejala ini bukan sahaja berlaku di sekolah-sekolah malahan di peringkat IPT.
Seorang sahabat pernah berkata kapada saya, cinta itu buta tetapi nafsu itu membutakan akal. Setiap manusia mempunyai nafsu didalam jiwa meraka. Jika tidak dipagari dengan kerohanian dan teguran serta peringantan nafsu mulai mengawal raja didalam badan kita iaitu hati.
Selain itu juga teknologi serba cangih sekarang juga pemangkin kepada gejala ini. Sebagai contoh, telifon bimbit yang mempunyai memori mampu menyimpan video-video luncah. Memalaui pemerhatian saya didalam masyarakat khususnya remaja, hampir kesemuanya ada menyimpan video-video prono ini didalam memori telefon bimbit mereka. ini seharusnya kita bendung bukan hanya asyik duk mengutuk dan mengecam sahaja akan tetapi memikirkan jalan membendungnya.

0 comments: