Saturday 13 March 2010

zina dan Mass kahwin tinggi?


Zinanya mata adalah melihat [sesuatu], zinanya lisan adalah mengucapkan [sesuatu], zinanya hati adalah mengharap dan menginginkan [sesuatu], sedangkan alat kelamin membenarkan atau mendustakan itu [semua]. … (HR Bukhari & Muslim)
Zina bukan pekara baru bagi kita, namun saban hari gejala ini meningkat dikalangan umat islam sendiri. Siapakah yang bersalah didalam hal ini? Semua pihak wajib memikirkan dan menagani masalah ini kerana penyakit ini semakin parah terutamanya dikalangan remaja khusunya.

Antara pandangan saya mengenai masalah ini ialah diri sendiri. Perasaan didalam hati yang memberotak kerana kekosongan jiwa, kebanyakan jiwa manusia yang mencintai sesuatu itu lebih dari Allah dan Rasulnya. Tidak dinafikan kita manusia sering mengikuti perasan didalam hati untuk mendapat sesuatu yang menjangkaui akal fikiran. Selalunya ia bermula dari mata turun kehati. hati yang kosang dan dikusai olah nafsu akan terus melangkah ke arah keseronokkan yang memakan jiwa. Sehubungan itu hati yang didik dan digilap serta disuburkan dengan keiman sahaja mempunyai kesedaran untuk membenting diri dari sesuatu yang haram.
Diriwayatkan daripada Alqamah r.a katanya: Aku pernah berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah r.a. Kami bertemu dengan Othman r.a yang kemudian menghampiri Abdullah r.a. Setelah berbincang beberapa ketika, Othman r.a bertanya: Wahai Abu Abdul Rahman: Mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah-mudahan perempuan itu akan dapat mengingatkan kembali masa lampaumu yang indah. Mendengar tawaran itu Abdullah r.a menjawab: Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w kepada kami: Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu.

Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 2485 \
Perkahwinan merupakan salah satu cara untuk menghidari zina. Namun begitu masalah untuk berkahwin di alam siber kini kian membebankan. Ini kerana untuk berkahwin seseorang itu memerlukan perbelanjaan yang besar dah kos hidup yang tinggi disamping keinginan untuk berkahwin. Melalui pandangan saya, kaum ibu terutamanya memandang harta untuk mendirikan rumah tangga. Ini trend masyarakat sekarang, tidak ada 10 ribu tidak boleh kahwin.
Islam itu mudah dan bukan membebankan. Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri antaranya firman
Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4 :
“ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka itu
sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu
sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut sebagai
nikmat yang baik lagi lazat “
Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Nisa ayat 24:
“ Mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya ( setelah dia
menjadi isteri kamu ) maka berikanlah mereka maharnya ( ajr ) sebagai satu ketetepan yang
difardhu ( diwajibkan oleh Allah Taala )”

Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri.
Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri.
Walau bagaimanapun mahar tidaklah termasuk di antara rukun-rukun nikah atau
syarat sahnya sesuatu pernikahan. Sekiranya pasangan bersetuju bernikah tanpa
menentukan jumlah mahar, pernikahan tersebut tetap sah tetapi suami diwajibkan
membayar mahar misil ( yang sepadan ). Ini berdasarkan satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. di mana seorang perempuan telah berkahwin tanpa disebutkan maharnya. Tidak lama kemudian suaminya meninggal dunia sebelum sempat bersama dengannya ( melakukan persetubuhan ) lalu Rasulullah mengeluarkan hukum supaya perempuan tersebut diberikan mahar misil untuknya.
Sehubungan itu sewajarnya mas kahwin ini tidaklah perlu di tetapkan dengan kadar diluar kemampuan seseorang. Perkahwin bukanlah suatu hal yang perlu limpahan kemewahan untuk dipertontonkan di dalam masyarakat.perkahwin memerlukan keberkatan dan rahmat untuk terus meniti ke arah kebahagia yang abadi.

0 comments: